KENAPA KAMI MENGGUNAKAN E-GOLD
Pihak pengurusan
Syarikat Onevision Computer System
memilih menggunakan e-gold kerana ingin
membolehkan semua pengguna internet di dunia
menjadi ahli
www.komputer.net.my seterusnya memilih untuk
membeli produk digital kami atau menjadi ahli .
Syarikat kami
adalah antara salah sebuah syarikat dari
Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penjualan
produk digital dan pengiklanan digital.Nilai
produk yang kami hasilkan adalah lebih tinggi
nilainya dari nilai wang yang anda keluarkan
untuk menjadi ahli. Kami juga membenarkan anda
menjual produk kami yang mempunyai logo Syarikat
Onevision dan mengkomosilkan produk kami, tetapi
perlulah anda berjumpa dengan pemilik dan
pengarah Onevision Computer System supaya
keuntungan yang akan anda buat dapat dilaburkan
untuk pembangunan semua produk baru dan
di sedekahkah kepada badan kebajikan , surau
masjid dan sebagainya.
Setiap
keuntungan hendaklah disedekahkan semula pada
yang memerlukan. Maka dengan memberi sedikit
imbuhan ,kami berharap semua Ahli dapat
mempromosikan setiap produk onevision
bukan mempromosikan keuntungan yang akan kami
berikan kelak.Jika anda mendapat sedikit
keuntungan nescaya anda merasa percaya kepada
kami,kepercayaan anda itu yang akan kami pegang
untuk membangunkan produk-produk baru yang
bermutu tinggi dan boleh di jual di semua negara
.
Dengan
menggunakan e-gold ,kami boleh membuat
bayaran terus dalam bentuk US Dollar kepada
semua ahli komputer.net.my yang mempunyai
e-gold akaun. Sistem
International
Networking yang digunakan oleh pihak
kami menerima pengunjung yang tidak mempunyai
sebarang penajaan atau keahlian
. Sistem web ini
secara automatiknya akan menaja ahli-ahli yang
aktif secara bergilir-gilir dan memberi peluang
kepada pengunjung-pengunjung yang lain untuk
mempunyai penajanya sendiri. Apabila anda
mendaftarkan diri sebagai ahli di
komputer.net.my dan menjadi ahli-ahli kami yang
aktif (ahli yang mempunyai ref= id) anda
mempunyai kesempatan untuk mendapatkan downline
dari seluruh dunia. Dengan erti kata yang lain,
sesiapa sahaja dikalangan ahli akan berpeluang
untuk menaja pengunjung-pengunjung dari seluruh
dunia sekiranya anda berdaftar menjadi ahli
komputer.net.my.
Semua ahli boleh
mempromosikan produk mereka melalui
pengiklanan ahli yang tersedia untuk ahli
sahaja. Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran
untuk pengiklanan tersebut. Anda boleh mengiklan
apa sahaja seperti rumah sewa,rumah nak dijual,
kereta sewa, restoran, kedai bunga dan
sebagainya. Anda perlu mengetahui setiap yang
dilakukan perlulah ikhlas dan jujur. Apa yang
anda rasa boleh dijual melalui saluran yang kami
sediakan sila lakukan di web komputer.net.my .
Mari kita masuk
tentang e-gold semula.
KUASA
BELI ( THE POWER OF THE E-GOLD SPEND )
Kesemua
nilai kewangan akan berpindah ke alam cyber
hanya dalam beberapa tahun akan datang.
e-gold telah bersedia dan begitu juga anda.
e-gold - Jual Beli (Transaksi) tanpa
sempadan.e-gold boleh di belanjakan
(Spent ) kepada akaun e-gold yang lain di
mana-mana sahaja tempat di dunia menerusi
e-gold shopping cart interface (SCI),
e-gold account manager or telefon mudah alih
dengan kemudahan internet.
E-GOLD
LEBIH PANTAS DAN CEPAT
Pembayaran
e-gold serta-merta (tanpa risiko charge
semula - chargeback) , tidak kira berapa besar
pembayaran, tidak kira berapa jauh pembelanja
dan penerima.
E-GOLD
LEBIH MENJIMATKAN
Berbelanja
dengan e-gold adalah percuma walaupun
penerima anda berada dihujung dunia. Bayaran
transaksi penerima adalah dari nilai rendah yang
berpatutan kepada pesanan terendah dari kad
kredit dan transaksi bank wire, tidak kira
berapa besar (atau kecil) sesuatu pembayaran
E-gold
Agio fee, merangkumi kos simpanan bar emas,
untuk melepasi tahap ekonomi untuk pembeli emas
jumlah besar.
Kelebihan pada semua pengguna wang matawang
dollar $$$$
Sasaran
untuk pasaran e-gold adalah pengguna
matawang. Bagaimanakah anda menggunakan matawang
sekarang?
Pengguna matawang ini akan berpeluang untuk
menikmati kemudahan dari kestabilan, sistem
keselamatan, efisyensi dan cost yang rendah dari
e-gold
LATARBELAKANG E-GOLD
E-gold adalah salah satu E-Currency
( matawang online ) yang paling popular dan
banyak diguna pakai di Internet. Dalam
banyak-banyak E-Currency e-gold
adalah E-Currency yang paling lama, paling
dipercayai dan paling banyak digunakan di
internet.Dalam
setiap aktiviti E-Dagang kita pasti memerlukan
satu alat pembayaran digital semasa melakukan
transaksi.
Alat pembayaran digital ini disebut E-Currency
iaitu alat pembayaran yang sah dan diterima
pakai secara umum di seluruh dunia, contoh yang
paling hampir ialah Kad Kredit (Credit Card) .
Namun begitu, penggunaan Kad Kredit melalui
media internet masih banyak mendatangkan masalah
terutamanya dari segi keselamatannya. Alternatif
terbaik dan selamat untuk melakukan transaksi
secara online di Internet ialah dengan
menggunakan e-gold.
Penggunaan e-gold adalah seperti
perbankan online ( cth CIMB Bank ) dan duit
dalam akaun eGOLD kita bersandar kepada gram
emas semasa.
APAKAH ITU E-GOLD ?
E-gold
satu sistem matawang elektronik didaftarkan
dibawah E-gold Ltd .
yang bertempat di dewan perniagaan
Nevis
yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan
, dan
ianya adalah aktviti global. Standad nilainya
adalah berdasarkan pada 100% harga emas tulen
(pure gold) yang didagangkan di pasaran global
dan e-gold matawang yang
disandarkan kepada tabungan emas sebenar.
E-gold adalah suatu matawang sebagaimana
juga Ringgit dan Dollar, tapi ia bukan matawang
sesebuah negara. Dalam ertikata lain, tidak ada
suatu pun negara yang mengeluarkan wang kertas
atau logam dalam bentuk matawang e-gold.
Malah, setiap transaksi dilakukan secara
elektronik di internet.
E-gold
telah bergabung dalam satu akaun sistem
pembayaran untuk menggalakkan lebih ramai
pengguna menggunakan emas sebagai matawang.
Pembayaran melalui e-gold membenarkan
orang ramai untuk membelanjakan sejumlah emas,
mengikut perkadaran berat untuk di pindahkan
kepada akaun e-gold yang lain. Hanya
hakmilik yang berubah. Emas yang tersimpan
(treasury grade vault) masih tetap kekal
Nilai transaksi adalah berdasarkan kepada berat
emas tulen. Anda dapat menukarkan e-gold
ke dalam bentuk matawang mana-mana negara pun (RM,
USD, Pounds, Deutche Mark dan lain-lain.
Matawang mana-mana negara pula boleh ditukarkan
ke dalam bentuk e-gold bagi memudahkan
transaksi secara global. Dalam ertikata lain,
e-gold adalah sangat fleksibel dan mudah
digunakan.
ADAKAH E-GOLD BOLEH SELAMAT DAN DIPERCAYAI ?
E-gold sudah diakui oleh sebegitu ramai
pedagang (merchants) di seluruh dunia dalam
melakukan transaksi online dan ia digunakan oleh
sebegitu ramai pedagang sebagai media pembayaran
yang sah. Selain dari itu dana dari e-gold
dapat dikeluarkan melalui ATM khasnya di semua
mesin ATM yang menggunakan logo Cirrus, Master
Card dan Maestro.
E-gold sangat mudah dan fleksibel kerana
ianya bersifat 'real time', 'anytime' dan
'anywhere'. Maknanya, sistem pemindahan
(transfer) dan pembayaran dilakukan pada waktu
itu juga (real time) dan ianya mampu dilakukan
24 jam di mana saja.
E-gold juga memiliki laman web yang
dijamin keselamatannya dengan menggunakan secure
server 128 bit SSL. Sesiapa sahaja yang berminat
membuka akaun e-gold boleh membuka akaun
secara percuma dan caranya lebih mudah
berbanding membuka akaun di bank.
Akaun e-gold dapat diisi dengan membeli
e-gold atau menjual e-gold melalui
pedagang-pedagang yang terpercaya dan
profesional. Antara laman yang menjalankan
urusan menjual dan membeli e-gold ialah
http://www.epay2gold dan
http://www.r2gold.com dan satu lagi ialah
http://www.mynetgold.com. Caj yang dikenakan
untuk membeli e-gold adalah berbeza,
bergantung kepada polisi pedagang itu sendiri.
CARA
MEMBUKA AKAUN E-GOLD
Buka laman e-gold. Sila klik link berikut
http://www.e-gold.com
1. Setelah muncul laman e-gold sila klik
Create Account
2. Bacalah User Agreement, jika telah
setuju sila klik I AGREE, kemudian sila
isi borang (form) yang dipaparkan
3. Account Name, adalah nama account
e-gold Anda, misalnya: Azman bin Ahmad
4. Description tidak semestinya diisi,
kalau mahu diisi maka isilah sedikit
gambaran diri anda
5. User Name, sebaik-baiknya ia sama
dengan Account Name
6. Alternate Passphrase, ini adalah
Password Account e-gold Anda, sila
isi dengan menggabungkan huruf dan nombor,
minima 6 karakter
7. New e-gold Account Passphrase,
sebaik-baiknya sama dengan Alternate
Passphrase
8. New e-gold Account Passphrase Again,
mesti sama dengan New e-gold Account
Passphrase. Yang perlu DICATAT adalah
passphrase yang akan selalu digunakan untuk
masuk ke dalam Account e-gold anda, oleh
itu sila catat di suatu tempat lain dan jangan
sampai lupa serta jangan diberitahukan kepada
orang lain. Ia perlu dirahsiakan
sebagaimana PIN ATM kita di bank.
9. Turing Number Entry, sila taip semula
angka yang diberikan kepada anda
10. Klik Open
11. Nombor Account e-gold akan
dikirim ke alamat email anda sebagaimana yang
telah isi semasa proses mendaftar tadi
12. Semak e-mail dari e-gold, sila catat
nombor Akaun e-gold anda karena nombor
tersebut akan diminta untuk mengakses akaun
e-gold Anda. Sama seperti Nombor Akaun Bank
Anda di Internet
13. Setelah Anda punya akaun e-gold, cuba
buka akaun Anda dengan klik link
http://www.e-gold.com, kemudian klik
link Access Your Account
14. Sila isi Account dan Passphrases
kemudian diikuti dengan Turing Number
sebagaimana nombor yang nampak di sebelah kanan.
Nombor ini akan bertukar setiap kali Anda
mengakses akaun Anda. Hal ini dilakukan untuk
menjaga keselamatan dan menghindari pencerobohan.
15. Selanjutnya jika ingin melihat jumlah baki
wang anda, klik BALANCE. Untuk mengetahui
perincian transaksi sila klik HISTORY.
Untuk merubah data peribadi anda, klik
ACCOUNT INFO. Untuk memindahkan wang sila
klik SPEND.
16. Jangan lupa, klik LOGOUT setelah
selesai menggunakan akaun anda.
BAGAIMANA MENUKARKAN MATAWANG RM DENGAN
E-GOLD?
Khidmat penukaran e-gold biasanya disebur
E-GOLD CHANGER.
Antara laman yang menyediakan khidmat penukaran
dan membeli e-gold ialah
http://www.egoldmalaysia.com ,
http://www.r2gold.com ,
http://www.mynetgold.com dan
http://www.evogates.com/Contact
Jika anda ingin melakukan transaksi dengan
mereka, eloklah anda baca tatacara yang ada di
laman-laman tersebut. Anda juga boleh hubungi
mereka melalui nombor telefon yang diberi.
Antara maklumat terpenting yang perlu anda
ketahui ialah nombor e-gold syarikat
tersebut dan berapa lamakah masa syarikat
tersebut memproses transaksi anda. selalunya
masa yang diambil oleh mereka ialah kurang dari
24 jam bermula dari saat anda memindahkan RM
untuk membeli e-gold atau memindahkan
e-gold untuk mendapatkan RM. Sila baca dan
buat perkiraan kadar beserta caj yang dikenakan
bagi membeli e-gold dan menjualnya. Baca
arahan-arahan yang diberikan dengan teliti
sebelum melakukan transaksi dari bank.
TIPS MENJAGA KESELAMATAN AKAUN E-GOLD® ANDA
Akaun e-gold berisi wang, kerana itu
perlulah anda menjaga keselamatannya terutamanya
jika anda menggunakan komputer di pejabat atau
di internet cafe. Sila lakukan langkah-langkah
keselamatan sebagaimana berikut:
1. Pada saat mendaftar e-gold, sebaiknya
anda isikan alamat rumah yang sebenar kerana
jika anda lupa login password maka satu-satunya
jalan untuk mendapatkan password baru adalah
dengan mengirim email ke e-gold dan
e-gold akan mengirim password baru ke alamat
rumah anda melalui surat atau pos (e-gold
tidak akan mengirimkannya melalui e-mel).
2. Jangan sekali-kali gunakan Passphrases
e-gold anda untuk daftar pada sebarang
program lain
3. Admin e-gold tidak pernah mengirim
email yang ada link kepada ahli. Jika ada
kiriman email yang meminta anda mengklik link
dan memasukkan Passphrases maka sebenarnya
mereka adalah 'hacker' yang sengaja akan mencuri
akaun e-gold anda dan membuat laman web
mirip seperti e-gold. Abaikan saja atau
padamkan e-mel seperti itu jika anda menerimanya.
4. Ubahlah password atau passphrases secara
berkala dan gunakan gabungan huruf dan angka
yang sulit untuk diduga dan eloklah ianya lebih
dari 10 karakter.
5. Saat mengisi login password atau passphrase,
sila gunakan tombol SRK
. Anda tidak taip passwordnya
menggunakan papan kekunci (keyboard) tapi
memilih huruf dan angka di tetingkap kecil yang
muncul menggunakan tetikus (mouse). Ini adalah
untuk menghindari password anda dicuri dengan
perisian keylogger yang dapat merakam kekunci
yang anda tekan. Hati-hati bila anda menggunakan
komputer awam karena mungkin seseorang
penceroboh telah memasang keylogger yang
langsung mampu mengirim hasilnya ke email
penceroboh tersebut.
6. Hapuskan data-data Akaun e-gold anda
dari komputer yang telah anda gunakan untuk
membuka akaun itu sebelum anda meninggalkannya
komputer anda .
7. Jangan sekali-kali menyimpan data username
dan password Akaun e-gold anda pada
harddisk komputer walaupun ia adalah komputer
peribadi milik anda sendiri.
E-GOLD TIADA HALANGAN /SEMPADAN UNTUK PENYERTAAN
Tiada
sebarang kos diperlukan untuk membuka akaun
e-gold. Tiada pemeriksaan kredit, tiada had
minimum diperlukan, tiada sebarang concept
‘akaun saudagar’ dalam akaun e-gold untuk
melayakan perbelanjaan (Spend) e-gold
atau penerimaan pembayaran e-gold.
MARI REGISTER E-GOLD
>>>>>
http://www.e-gold.com
|